Saturday, April 13, 2013

Peluang - Antara Kesyukuran&Kekufuran




Seorang Ulama' besar ,Syeikh Abdul Kadir al-Jailani pernah berpesan agar kita sentiasa memeriksa diri .

Beliau berkata:
"Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.
Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan mulia."

"jika bertemu anak kecil,maka ucapkanlah dalam hatimu, "Anak ini belum bemaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku."

"Jika orang tua,maka ucapkanlah dalam hatimu,"Dia telah beribadat kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku."

No comments:

Post a Comment